Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID IV Halaman: 1193-1457

KEFAHAMAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH TENTANG KONSEP PENDIDIKAN DAN PEDAGOGI INKLUSIF: SATU KAJIAN KES DALAM KALANGAN GURU-GURU DI LEMBAH KLANG

1)Mohd On bin Ahmad, 2)Parwazalam bin Abdul Rauf, & 3)Chin Mei Keong, IPGKIK Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menjawab dua persoalan utama iaitu melihat sejauh mana pengetahuan guru-guru daripada pendidikan khas dan guru-guru aliran perdana terhadap konsep pendidikan dan pedagogi inklusif. Seramai 40 orang guru telah ditemu bual daripada kedua-dua jenis aliran tersebut. Analisis dijalankan dengan menggunakan konsep pendidikan inklusif yang telah dikeluarkan oleh UNESCO melalui Penyataan Salamanca, Sepanyol. Hasil dapatan mendapati konsep pendidikan inklusif dan pedagogi inklusif dalam kalangan guru-guru amat rendah dan tidak mengikut apa yang telah digariskan oleh pihak UNESCO. Dengan kajian ini harapan penyelidik agar pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia melakukan rombakan terhadap pemahaman konsep ini.

Kata kunci : Pedagogi Inklusif, Pendidikan Inklusif dan Pembangunan Sumber Manusia

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.