Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181

PEMBINAAN INSTRUMEN KEMAHIRAN LISAN TUNJANG KOMUNIKASI BAHASA MELAYU BERARAS KBAT UNTUK PRASEKOLAH

Noraini Zakaria Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau Sabah, Kuala Lumpur......1091
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membina instrumen kemahiran lisan Bahasa Melayu beraras KBAT bagi tunjang komunikasi. Instrumen tersebut digunakan bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi beraras KBAT dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Langkah pembinaan instrumen ini berasaskan ELEMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM INSTRUMEN PENTAKSIRAN OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Manakala pembinaan konstruk ujian berasaskan kepada Categories in the cognitive domain of Bloom's Taxonomy iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan pengujian.Rekabentuk kajian ini adalah kuantitatif bagi Fasa I dan Fasa II dan kualitatif bagi Fasa III. Pembinaan instrument ini melalui 3 Fasa iaitu Fasa Pertama adalah untuk mendapatkan tinjauan awal daripada guru-guru tabika KEMAS berkenaan pelaksanaan pentaksiran kemahiran lisan. Fasa II adalah berbentuk tinjauan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen daripada pakar yang terlibat dengan bidang bahasa Melayu dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat institusi dan Fasa III adalah fasa pelaksanaan rintis instrument ini. Dapatan dalam kajian yang dilaporkan ini adalah data bagi Fasa I sahaja dan di dapati responden ada melaksanakan pentaksiran kemahiran lisan dan semua responden tidak mendapat pendedahan pelaksanaan pentaksiran berasas KBAT secara formal. Kesimpulannya, pentaksiran mesti dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan guru-guru prasekolah perlulah diberi pendedahan secara formal tentang bentuk pentaksiran beraras KBAT untuk mencapai matlamat meningkatkan martabat profesion keguruan.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.