Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181

PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN

Norafidah.Noralidin, Juliana.Osong, Widayati.Harun, Ravi.Margapandu & Shukiman.Sukardi, IPGK Gaya
Abstrak
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang guru bahasa Melayu yang mengajar Tingkatan Dua di dua buah sekolah di daerah Papar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan data dikumpulkan menggunakan rakaman video dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para peserta kajian telah mengaplikasikan pendekatan pengajaran konstruktivisme dalam pengajaran kemahiran menulis karangan untuk mata pelajaran bahasa Melayu. Beberapa ciri pendekatan konstruktivisme didapati telah diaplikasikan antaranya penekanan terhadap proses untuk mencapai hasil pembelajaran, penggunaan pengetahuan sedia ada dalam membina pengetahuan baharu dan strategi pengajaran berpusatkan pelajar. Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan pendekatan ini dalam pengajaran dan pembelajaran mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dalam kalangan pelajar.

Kata kunci : Pendekatan, konstruktivisme, kemahiran menulis karangan, Guru Bahasa Melayu, proses pembelajaran

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.