Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829

AMALAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN AYAT KEFAHAMAN

Rozita Md.Noh, Zaradi Sudin, & Madya Dr. Mohd. Aderi Che Noh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Pendidikan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia & Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Ilmu Khas. ........... 663
Abstrak
Amalan pengajaran ayat kefahaman dalam kalangan guru-guru jarang mendapat perhatian khusus para penyelidik sedangkan ayat kefahaman merupakan satu daripada elemen penting melengkapkan pengajian bahagian Tilawah al-Quran Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini dilakukan ke atas 100 orang guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan yang telah dipilih daripada sepuluh daerah negeri Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau amalan pengajaran ayat kefahaman yang diamalkan dalam kalangan para guru Pendidikan Islam yang merupakan sasaran kajian ini. Data yang dikumpul dianalisa menggunakan SPSS. Analisis deskriptif digunakan untuk memberi tafsiran kepada data dan menjawab persoalan kajian. Analisis mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap amalan guru dalam pengajaran ayat kefahaman agak memuaskan namun masih terdapat amalan-amalan yang perlu ditingkatkan terutamanya melazimi dan mempelbagaikan set induksi, dan menepati masa memulakan pengajaran serta menjalankan aktiviti menarik semasa pengajaran ayat kefahaman.

Kata kunci : amalan pengajaran, ayat kefahaman, tilawah al-Quran, guru Pendidikan Islam

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.