Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829

PENGGUNAAN SOALAN HOTS DALAM KALANGAN PENSYARAH

Ismail Hj Raduan & Ramesh Rao, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur ........ 571
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan soalan yang mempunyai elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT atau HOTs) semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam kalangan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur (IPGKIK). Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik berskala lima mengandungi tiga konstruk. Data ini dianalisis secara deskriptif. Sampel terdiri daripada 119 orang pensyarah (lelaki 37% dan perempuan 73%) daripada pelbagai jabatan. Dapatan menunjukkan bahawa kefahaman pensyarah tentang penggunaan soalan HOTs semasa proses PdP berlangsung di bilik darjah berada pada tahap yang tinggi (min=4.06, SP=0.54). Sementara itu, pengetahuan pensyarah terhadap faktor yang menentukan soalan HOTs semasa PdP (min=3.38, SP=0.49) dan tujuan menggunakan soalan HOTs semasa proses PdP berlangsung di bilik darjah (min=3.64, SP=0.48) berada pada tahap sederhana tinggi. Secara keseluruhannya pensyarah di IPGKIK berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.68, SP=0.38) dalam penggunaan soalan HOTs semasa PdP berlangsung. Semasa melaksanakan HOTs, tidak ada perbezaan antara jantina (min lelaki= 0.38, min perempuan=0.36 pada t=0.025 < 0.05, df=73). Ini juga dapat dilihat daripada perbezaan yang kecil iaitu 0.20 antara lelaki dan perempuan.

Kata kunci : elemen kemahiran berfikir aras tinggi, HOTs, penggunaan soalan HOTs

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.