« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829 KEBERKESANAN PENGGUNAAN MONTAJ ANIMASI PERISIAN SKETCHUP TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH, POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH, JITRA, KEDAH, MALAYSIA
Azzatunisa binti Ahmad Zubir,
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ........ 468Abstrak
Proses pengajaran dan pembelajaran telah melalui pelbagai proses inovasi dan transformasi. Pendekatan pengajaran interaktif difokuskan kepada cara persembahan maklumat yang diubah daripada isi pelajaran supaya lebih menarik. Penjelasan isi pelajaran yang menggunakan elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, audio dan video melahirkan sebuah persembahan pengajaran yang lebih menarik dan dapat merangsang minda pelajar. Kajian yang berbentuk kuasi eksperimen ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran visualisasi sebelum dan selepas penggunaan montaj animasi Sketch up bagi kursus CP1023 Planning Principle 1 yang telah dibangunkan. Responden terdiri daripada 50 orang pelajar semester 1 kursus Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah, Malaysia. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data yang dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 dipersembahkan dalam bentuk skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden menunjukkan minat dalam pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) montaj animasi sketch up yang dibangunkan di mana mereka lebih cenderung dengan bentuk animasi dan gambar serta peningkatan kemahiran visualisasi. Oleh yang demikian, montaj animasi sketch up untuk kursus DCP1023 Planning Principle 1 yang dibangunkan ini dapat memberikan impak yang positif dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya boleh digunapakai sebagai salah satu bahan pengajaran di dalam kuliah.
Kata kunci : Animasi 3D, Montaj animasi sketch up dan pengajaran interaktif
Abstrak DOC
Abstrak PDF
Fulltext PDF
Send to email
Print
Share on Facebook