Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829

KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN TOPIK FOTOGRAFI BAGI KURSUS TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:TINJAUAN DARI ASPEK MASALAH DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Aliza Adnan, Rosseni Din, & Zahiah Binti Haris, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur & Universiti Kebangsaan Malaysia ........... 439
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) topik Fotografi bagi kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) dari persepsi guru pelatih. Kajian ini memfokuskan dua objektif iaitu masalah yang dihadapi guru pelatih dalam mempelajari topik Fotografi dan cadangan penambahbaikan terhadap kaedah pembelajaran yang dapat membantu guru pelatih menguasai topik Fotografi. Kajian ini penting kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana dapat memberikan maklumat yang bermanfaat untuk meningkatkan kualiti proses PdP bagi kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kajian ini melibatkan temu bual seramai 9 orang guru pelatih yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Mereka merupakan guru pelatih Semester Empat, Ambilan Januari 2013, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Data dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan masalah utama ialah kekurangan peralatan dan bahan sumber pembelajaran, masa interaksi tidak mencukupi dan kurang bimbingan latihan amali. Antara cadangan penambahbaikan ialah menggunakan kaedah pembelajaran hibrid, mempelbagaikan bahan sumber pembelajaran dan menambahbaik kemudahan peralatan untuk kegunaan pelajar.

Kata kunci : kaedah pembelajaran hibrid, Fotografi, Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, PISMP

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.