[ISSN:2086-7484] Jurnal Saung Guru ini merupakan jawaban atas urgensi kebutuhan para dosen dan guru dalam rangka tuntutan karir sebagai tenaga pendidik.
PERSEPSI SISWA GURU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TERHADAP KEPENTINGAN KAEDAH PEMBENTANGAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
Abstrak Pendidikan Islam merupakan pendidikan yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Mempelajari ilmu yang berkaitan dengan agama Islam adalah fardu Ain ke atas setiap orang muslim. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi siswa guru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPG KIK) terhadap kepentingan kaedah pembentangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini juga memberi fokus terhadap dua objektif iaitu kepentingan kaedah pembentangan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti kaedah pembentangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Pendekatan kualitatif dengan menemubual seramai sembilan orang pelajar PPISMP dijalankan untuk mendapatkan data. Pemerhatian juga dijalankan untuk membuat triangulasi bagi data temu bual yang diperolehi. Hasil temubual akan ditranskrip dan beberapa tema yang berkaitan kajian dikenal pasti sebagai dapatan kajian. Dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada semua pensyarah Pendidikan Islam khususnya agar kaedah pembentangan yang digunakan dapat mencapai hasil pembelajaran Pendidikan Islam.