[ISSN:2086-7484] Jurnal Saung Guru ini merupakan jawaban atas urgensi kebutuhan para dosen dan guru dalam rangka tuntutan karir sebagai tenaga pendidik.
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPG KIK) terhadap Peta Pemikiran i-THINK. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen kajian ini ialah satu set soal selidik yang berkaitan dengan pengetahuan Peta Pemikiran i-THINK. Kajian ini melibatkan seramai 73 orang pelajar PPISMP. Data ini menggunakan skala likert untuk mendapatkan maklum balas dari responden. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian program ‘Statistical Package For The Social Science Version 18.0’ (SPSS 18.0). Hasil dapatan menunjukkan secara keseluruhannya para pelajar PPISMP mengetahui Peta Pemikiran i-THINK iaitu berada pada tahap yang tinggi (min = 3.69) . Oleh yang demikian, dicadangkan kepada pihak IPG KIK membuat kursus secara berkala kepada pelajar PPISMP tentang peta pemikiran ini supaya pelajar dapat menguasai dan menggunakan peta I-THINK dengan baik.