Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

«

GURU BERJIWA PENDIDIK: APAKAH PERSEPSI SISWA GURU?

Norulazilah bt. Md. Nordin1 & Lee Phaik Gaik2, IPG Kampus Ilmu Khas (241-251)
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri guru yang berjiwa pendidik daripada persepsi dan pengetahuan siswa guru di IPG. Seramai lima orang siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas telah dipilih secara persampelan bermatlamat dan ditemu bual bagi mendapatkan maklum balas mengenai ciri-ciri guru berjiwa pendidik daripada persepsi mereka. Hasil transkripsi temu bual, siswa guru yang terlibat telah berpendapat bahawa ciri-ciri guru yang berjiwa pendidik ialah guru mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab, mempunyai empati yang tinggi, ikhlas dalam melaksanakan tugas serta berpengetahuan dalam bidangnya. Tuntutan untuk menjadi seorang guru yang berjiwa pendidik seharusnya datang daripada cetusan hati sanubari guru itu sendiri yang lahir dari dalam diri sendiri penuh dengan kerelaan dan keinginan diri sendiri. Apabila guru mendidik dengan sepenuh jiwa mereka maka mereka berupaya untuk merealisasikan matlamat pendidikan seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi PPPM 2013-2015.

Kata kunci : Guru berjiwa pendidik

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.