Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

«

EFIKASI GURU DAN EFIKASI KOLEKTIF DALAM KALANGAN GURU

1Che Harithun Abdullah, 2Nor’ Azah Ahmad Safran & 3Shamsiah Md Nasir Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Malaysia (93-101)
Abstrak
Guru yang kompeten dan berkualiti merupakan faktor penyumbang terpenting kepada pencapaian pelajar. Kewujudan faktor ini secara langsung berkait rapat dengan keyakinan seseorang guru terhadap keupayaan dirinya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji efikasi guru dan efikasi kolektif guru-guru sekolah rendah di dua buah daerah di Negeri Sembilan. Kajian secara kuantitatif ini menggunakan soal selidik Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) bagi mengukur efikasi guru manakala efikasi kolektif diukur dengan menggunakan Collective Teacher Eficacy (CTE) Scale. Seramai 78 orang guru sekolah rendah telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS Versi 22 untuk memperoleh statistik deskriptif dan inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan efikasi guru adalah tinggi dan efikasi kolektif adalah sederhana. Dapatan kajian juga mendapati wujud hubungan antara efikasi guru dengan efikasi kolektif. Namun, tiada hubungan yang signifikan wujud antara efikasi guru dan efikasi kolektif dengan pengalaman mengajar. Guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada lima tahun dan melebihi lima tahun menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi efikasi guru. Manakala bagi efikasi kolektif tiada perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan tersebut. Hasil kajian ini mencadangkan perkembangan profesionalisme guru boleh dipertingkatkan lagi.

Kata kunci : Efikasi guru, efikasi kolektif, keyakinan, keupayaan

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.