Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

«

CABARAN PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA PADA ABAD KE 21

Encik Shaari Bin Osman, IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur (8-17)
Abstrak
. Sejarah Perkembangan Pendidikan Guru di Malaysia
a. Sejarah Pendidikan Guru Semasa Penjajahan British
Sebelum kehadiran penjajah di Tanah Melayu, pendidikan dipelopori oleh golongan agama dengan ‘Sistem Pondok’ . Kehadiran British pada abad ke-19, telah mewujudkan keperluan terhadap latihan guru. Justeru pada tahun 1878-1895 bermulalah sejarah pendidikan guru dengan penubuhan Maktab Melayu Singapura , diikuti Maktab Latihan Guru Melayu di Taiping pada 1898 dan Maktab Latihan Melayu di Melaka pada 1900. Institusi yang paling berperanan dalam pendidikan guru di Tanah Melayu ketika itu ialah Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim atau Sultan Idris Training College (SITC) yang ditubuhkan pada tahun 1922. Selepas itu kebanyakan peranan latihan guru di institusi lain telah diambil alih oleh SITC. Pada tahun 1997, SITC telah dinaik taraf menjadi universiti pendidikan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada tahun 1921, Maktab Latihan Guru Johor telah dikhususkan untuk melatih guru wanita. Hanya pada tahun 1935, ditubuhkan kolej pertama khusus untuk melatih guru wanita iaitu Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Maktab ini telah melatih guru-guru perempuan terutamanya dalam bidang Sains Rumah Tangga. Kini, maktab perguruan ini telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka (Sufean Husin, 2003).
British juga telah memberi bantuan kewangan kepada masyarakat Cina dan India bagi melatih guru masing-masing.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.