Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

« Vol. 12, No, 1, Mei 2013

STRATEGI PENGAJARAN KOMPONEN TMK DALAM PROGRAM PENDIDIKAN GURU KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH

Abd Khahar bin Saprani, Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
Abstrak
Strategi Pengajaran Komponen TMK Dalam Program Pendidikan Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Pengajaran komponen TMK dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah sangat mencabar. Pensyarah memerlukan berbagai ketrampilan kognitif yang kompleks untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti strategi pengajaran yang digunakan oleh pensyarah dalam pengajaran komponen TMK dalam Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut pendidikan guru zon tengah. Teori Reka Bentuk Pengajaran oleh Reigeluth (1983) dan Teori Reka Bentuk Pengajaran Bersepadu oleh Tennyson (1990), telah mendasari kajian secara kualitatif ini. Empat orang pensyarah dan lima kumpulan pelajar KPLI telah menjadi peserta kajian dalam pemerolehan data tentang pengajaran. Data kajian telah dikumpul melalui pemerhatian, temu bual sebelum dan selepas pengajaran, rakaman audio visual, catatan lapangan dan analisis dokumen. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, terdapat lima strategi dalam pengajaran komponen TMK; Strategi Prapengajaran, Strategi Pendedahan; Strategi Amali; Strategi Berorientasikan Masalah; Strategi Dwi Bahasa; Strategi Pemantauan; dan Strategi Pebangunan Insan Guru. Walau bagaimanapun, strategi pengajaran yang lebih mencabar ke arah pembelajaran regulasi kendiri kurang mendapat perhatian pensyarah untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pelajar.

Kata Kunci: strategi pengajaran, kursus, lepas izajah

Abstract:

Teaching Strategies Component TMK in College Courses of Teacher Education Programs Off the Diploma. The teaching component of the TMK using the Malay language as the language of instruction is very mencabar. His cognitive skills need a variety of complex to produce effective learning. This study was performed to identify the instructional strategies used by his homeland in teaching a College Course in TMK components off the Diploma (KPLI) at the Institute of teacher education central zone. Theory Teaching Form Maker by Reigeluth (1983) and the theory of Teaching Form Maker Bersepadu by Tennyson (1990), the underlying qualitative studies have. Four of his men and five student groups has become a study participant KPLI in data acquisition of teaching. Data were collected through the study have observation, appointment GAB before and after instruction, audio visual, scored a record field and analysis of documents. This study shows that acquired traits, there are five strategies in the teaching component of TMK; Prapengajaran Strategy, Strategy Of The Exposure; Amali Strategy; Customer Driven Strategy Issues; Dual Language Strategies; The Monitoring Strategy; and the strategy Pebangunan Insan teacher. However, the instructional strategies that are more toward learning mencabar kendiri less regulatory attention to promote learning throughout his life in student circles.

Keywords: teaching strategics, courses, off the diploma

Kata kunci : strategi pengajaran, kursus, lepas izajah

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.