Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

« Vol. 12, No, 1, Mei 2013

KESAN TEKNIK PENGAJARAN ASAS MEMBACA TERHADAP PRESTASI MURID PEMULIHAN LITERASI NUMERASI

Fadzilah Binti Abdul Rahman, Marina Binti Ramle, Universiti Putra Malaysia
Abstrak
Kesan Teknik Pengajaran Asas Membaca Terhadap Prestasi Murid Pemulihan Linus. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan kajian yang telah dijalankan terhadap kesan teknik pengajaran membaca LINUS terhadap prestasi kemahiran membaca murid pemulihan tahun satu. Kajian dijalankan secara kuasi eksperimen – The One Group Pretest-Posttest Design Using a Pattern Matching with Nonequivalent Dependent Variable. Reka bentuk ini hanya menggunakan satu kumpulan eksperimen. Pengkaji menggunakan empat teknik pengajaran iaitu teknik pengulangan, didik hibur, ansur maju, dan penggabungjalinan. Kajian telah dijalankan selama lima minggu yang melibatkan seramai 30 orang murid daripada kumpulan pertengahan murid pemulihan linus yang mempunyai keupayaan yang sama. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Stastical Packages For the Social Sciences (SPSS) Versi 19. Skor min ujian pra dan skor min ujian pasca digunakan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau sebaliknya bagi keempat-empat teknik pengajaran yang diaplikasikan. Ujian-t diguna untuk pengujian hipotesis yang dibina. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pra ujian teknik pengulangan berbanding dengan skor min pra ujian teknik ansur maju, didik hibur, dan penggabungjalinan dalam pembelajaran asas membaca murid Tahun 1. Ini menunjukkan bahawa murid mempunyai pengetahuan sedia ada dan kemahiran yang seimbang sebelum rawatan dijalankan. Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pra ujian dengan pasca ujian murid-murid linus kohort 2 Tahun 1 yang diterapkan teknik pengajaran membaca secara pengulangan, ansur maju, didik hibur, dan penggabungjalinan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pasca ujian teknik pengulangan berbanding dengan pasca ujian teknik ansur maju, didik hibur, dan penggabungjalinan.

Kata Kunci: asas membaca, prestasi murid, literasi, numerasi


Abstract:

Impression Technique Teaching Basic Reading Recovery Students Achievements Against Linus. This working paper aims at discussing the studies that had been run against the impression technique of teaching reading reading proficiency feats against LINUS pupil recovery year one. The study run in quasi experiment – The One Group Pretest – Posttest Design Using a Pattern Matching with Nonequivalent Dependent Variables. This form maker uses only one set of experiments. Reviewer using four techniques of teaching which is the technique of repetition, teenee, ansur students forward, and penggabungjalinan. The study has been carried out over the next five weeks involving as many as 30 people disciples of mid restoration student linus who has the same capacity. The Data obtained were analyzed using the Stastical Packages For the Social Sciences (SPSS) version 7. Score min exam pre and post test min score is used to see whether there is a significant difference or otherwise for all four teaching technique was applied. T-test used to test the hypothesis that built. The acquired research shows there is no significant difference between pre engineering test min score repetition than score min pre engineering test ansur forward, educates, and teenee penggabungjalinan in learning basic reading year 1 pupils. This shows that the pupils have existing knowledge and proficiency that is balanced before the treatments performed. The study also shows there is a significant distinction between score min pre test post test with pupils linus cohort 2 Year 1 teaching techniques that apply reads as a repetition, ansur forward, educates, and teenee penggabungjalinan. The acquired research also shows there is a significant difference between the test engineering graduate min score of repetition in relation to exam technique with post ansur forward, educates, and teenee penggabungjalinan.

Keywords: reading principle,student achievement,literacy, numerasi

Kata kunci : asas membaca, prestasi murid, literasi, numerasi

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.