Portal Jurnal UPI

Saung Guru

Sarana Aktivitas Dan Unggulan Guru

« Vol. 11, No. 1, Mei 2012

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGRIS DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DARI PERSPEKTIF MAHASISWA

Zahari Ishak dan Chew Fong Peng, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Malaysia
Abstrak
Kesan kolonialisme Inggeris menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia sentiasa tercabar dan tergugat oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, terutama dalam sistem pendidikan negara. Kajian ini dijalankan ke atas 147 orang mahasiswa IPTA dan IPTS di Lembah Klang dan Kuala Lumpur untuk mengenal pasti kedudukan dan kepentingan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara selepas Dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diperkenalkan. Dapatan kajian menunjukkan mahasiswa beranggapan bahawa bahasa Melayu paling sesuai digunakan sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran Agama Islam (min 4.05), sementara bahasa Inggeris paling sesuai digunakan sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan bagi mata pelajaran Perubatan (min 4.41). Sebaliknya mahasiswa menganggap bahasa Melayu paling tidak sesuai digunakan dalam mata pelajaran Perubatan sebagai bahasa ilmu (min 2.19), sementara bahasa Inggeris didapati paling kurang sesuai berperanan sebagai bahasa ilmu dalam mata pelajaran bahasa Inggeris semata-mata (min 2.94). Ujian ANOVA sehala juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada aras p<0.001 antara mahasisiwa/i dengan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Rasmi dan bahasa Perpaduan, serta bahasa Ilmu dalam sistem pendidikan mengikut kaum. Walaupun Bahasa Inggeris didapati lebih tinggi kedudukan dan kepentingannya dari perspektif mahasiswa,namun kedudukan bahasa Melayu masih penting untuk dipelihara sebagai identiti bangsa Malaysia.

Abstract
The study focuses on the Malay Language as the National Language and the Official Language among private and public university students in the Klang Valley and Kuala Lumpur. A total of 147 students were involved in this study. The aim of this study is to investigate the usage of the Malay Language and the English Language as a medium in the teaching and learning context. An instrument was developed based on the Education Act 1996 and contained 54 items. Based on the results obtained, the Malay Language was found to be suitable as the medium of instruction to teach Islamic studies. The means was 4.05. On the other hand, the English Language was found to be suitable in teaching Medicine subject. The mean score was 4.41. In contrast, the mean score for the Malay Language in teaching Medicine subject was 2.94. The one way ANOVA procedure showed that there was a significant difference among university students for both of the languages as national language, official language, and unity language beside their role as medium of instruction in the teaching and learning in our education system.

Kata kunci : Malay Language, English, language status, graduates

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.