Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD
« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID IV Halaman: 1193-1457LITERASI PEDAGOGI INKLUSIF DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN JASMANI DI KUALA LUMPUR
1)Kok Mong Lin,
dkk,
IPGKIK Kuala LumpurAbstrak
Kajian ini dijalankan untuk meninjau literasi pedagogi inklusif dalam kalangan guru pendidikan jasmani. Pasukan pengkaji telah melaksanakan satu soal selidik atas talian kepada sampel kajian yang dipilih secara persampelan ‘convenience’. Sebanyak 79 orang (Lelaki = 20, Perempuan = 59) guru pendidikan jasmani dari 14 buah sekolah rendah di Kuala Lumpur telah dipilih untuk menjawab soal selidik bentuk Likert berskala 5. Soal selidik kajian ini menumpu kepada tiga aspek iaitu Profil Responden, Pengetahuan Dalam Pedagogi Inklusif dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani menurut spektrum gaya mengajar Mosston dan Ashworth (2002). Soal selidik yang dirangka membolehkan pengkaji memperoleh data tentang literasi pedagogi inklusif responden dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan Fasa Pra Impak (Perancangan), Fasa Impak (Pelaksanaan), dan Fasa Pasca Impak (Pentaksiran). Dapatan kajian menunjukkan majoriti reponden adalah terdiri daripada kalangan guru bukan opsyen pendidikan jasmani (N=59) dengan min pengalaman mengajar pendidikan jasmani keseluruhan adalah 7.9 tahun. Skor min keseluruhan dalam aspek Pengetahuan Pedagogi Inklusif adalah 3.75, manakala min aspek Pelaksanaan Pedagogi Inklusif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah 3.89 untuk Fasa Pra-Impak; 3.70 bagi Fasa Impak, dan 3.74 untuk Fasa Pasca Impak. Cadangan untuk kajian lanjutan turut dibincangkan.
Kata kunci : Literasi, pedagogi inklusif, spektrum gaya mengajar.
Abstrak DOC
Abstrak PDF
Send to email
Print
Share on Facebook
© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.