Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menjawab dua persoalan utama iaitu melihat sejauh mana pengetahuan guru-guru daripada pendidikan khas dan guru-guru aliran perdana terhadap konsep pendidikan dan pedagogi inklusif. Seramai 40 orang guru telah ditemu bual daripada kedua-dua jenis aliran tersebut. Analisis dijalankan dengan menggunakan konsep pendidikan inklusif yang telah dikeluarkan oleh UNESCO melalui Penyataan Salamanca, Sepanyol. Hasil dapatan mendapati konsep pendidikan inklusif dan pedagogi inklusif dalam kalangan guru-guru amat rendah dan tidak mengikut apa yang telah digariskan oleh pihak UNESCO. Dengan kajian ini harapan penyelidik agar pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia melakukan rombakan terhadap pemahaman konsep ini.