Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID IV Halaman: 1193-1457

INOVASI DALAM PEDAGOGI MATEMATIK ABAD KE-21

Nor Hayati Bt Hj Mt Ali Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Abstrak
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025 terdapat 11 Anjakan Transformasi Pendidikan Negara. Kesemua anjakan tersebut adalah berhubung dengan transformasi yang perlu dilakukan bagi meningkatkan pendidikan di Malaysia. Salah satu daripada anjakan tersebut adalah, “Memanfaatkan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia”. Hal ini juga selaras dengan tujuh domain Transformasi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikemukakan oleh Tuan Rektor IPGM, antaranya ialah “Memantapkan Kurikulum” dan “Meningkatkan Aktiviti Penyelidikan dan Inovasi”. Saranan Perdana Menteri Malaysia juga, “...sudah sampai masanya sistem pendidikan negara perlu dirombak memandangkan Malaysia memerlukan perubahan terutama dalam aspek mengajar dan cara belajar”. Selaras dengan dasar kerajaan tersebut, maka sudah tiba masanya pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah ditransformasikan daripada kaedah konvensional kepada kaedah terkini dan lebih canggih, selaras dengan kemahiran pedagogi abad ke-21, iaitu penggunaan ICT dalam bilik darjah agar P&P lebih berkesan dan tidak membosankan. Justeru, “Inovasi dalam Pedagogi Matematik Abad Ke-21” yang dikemukakan ini menggabungkan dua disiplin ilmu, iaitu Pedagogi Matematik dan ICT dengan melibatkan perisian “The Geometer’s Sketchpad Versi 4.06”. Inovasi ini sangat bersesuaian untuk diaplikasikan oleh para pendidik yang mengajar Matematik Tingkatan 5, khusus bagi tajuk “Bumi Sebagai Sfera”. Melalui inovasi ini, para guru dapat menerangkan konsep dengan lebih mudah dan jelas, manakala para pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat dan tepat. Hasil kajian yang dijalankan, didapati min skor pencapaian telah meningkat sebanyak 22.07%, iaitu daripada 31.04% semasa pre-test kepada 53.11% semasa post-test. Manakala min masa menjawab pula telah berkurang sebanyak 20.74 minit, iaitu daripada 64.63 minit semasa pre test kepada 43.89 minit semasa post test. Sesungguhnya aplikasi inovasi ini telah memberi impak positif kepada guru dan pelajar yang terlibat dalam P&P matematik.

Kata kunci : The Geometer’s Sketchpad, Bumi Sebagai Sfera, Inovasi, Pedagogi Matematik, Transformasi

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.