Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID IV Halaman: 1193-1457

PENTAKSIRAN KEFAHAMAN KONSEP SAINS DENGAN MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK

1Wahadatul Arta’iah Sa’audi & 2Haslinah Abdullah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Abstrak
Pentaksiran adalah penting untuk menilai pencapaian hasil pembelajaran dan kefahaman murid agar guru dapat melakukan tindakan bimbingan yang tepat dan efisien. Kajian ini merupakan satu penyelidikan tindakan bagi menambahbaik amalan pentaksiran dengan menggunakan pengurusan grafik bagi mengenalpasti kefahaman konsep sains dalam kalangan murid tahun empat. Amalan pentaksiran yang biasa dilakukan sukar untuk mengenalpasti sejauhmana kefahaman konsep sains secara individu dan telah mencapai hasil pembelajaran. Tiga instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah rekod anekdot, hasil kerja murid dan temu bual. Pelaksanaan penggunaan grafik sebagai alat pentaksiran telah membolehkan saya mengenalpasti berapa ramaikah yang masih belum memahami konsep sains, konsep sains yang manakah perlu diberikan penekanan kefahaman kepada murid dan aspek bimbingan apakah yang bersesesuaian untuk diberikan, seterusnya penggunaan grafik telah dapat memudahkan murid-murid mengingati konsep sains dan bersikap lebih yakin diri dalam pembelajaran. Tindakan ini telah membantu saya untuk meneruskan bimbingan yang bertepatan dengan keperluan mengikut keunikan murid secara individu.

Kata kunci : pentaksiran, pengurusan grafik, kefahaman, ingatan, konsep sains

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.