Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181

PERSEPSI IBUBAPA DAN MURID TAHUN 4 DAN 5 TERHADAP PEMBELAJARAN ABAD KE 21: SATU KAJIAN KES

1)Halif Md Saleh, 2)Ramlee Mustapha, & 3)Zamani Ibrahim3, Universitas Pendidikan Sultan Idris, Malaysia ............ 878
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa dan murid Tahun 4 dan 5 tentang pembelajaran abad ke 21 yang telah mula dilaksanakan secara rintis oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2015. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan ibu bapa murid Tahun 4 dan 5 terhadap pengetahuan mereka berkaitan proses pembelajaran abad 21 yang dilaksanakan dan penglibatan mereka di dalam penyediaan kemudahan asas kepada proses pembelajaran abad ke 21 serta sokongan ibubapa terhadap pembelajaran murid. Kajian ini juga bertujuan ingin melihat apakah reaksi murid Tahun 4 dan 5 terhadap proses pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah merangkumi susun atur bilik darjah dan teknik pembelajaran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang digunakan guru. Sampel kajian ini terdiri dari 60 orang ibu bapa dan 6 orang murid Tahun 4 dan 5 di sebuah sekolah rendah iaitu di Sekolah Kebangsaan Senggarang di daerah Batu Pahat Johor. Penyelidik menggunakan perisian SPSS 19.0 (Statistical Package for the Social Sciences) bagi menganalisis data yang diperolehi dari kajian ke atas ibubapa, manakala data protokol temu bual murid Tahun 4 dan 5 akan dianalisis menggunakan analisis domain. Hasil kajian mendapati kesemua ibubapa mengetahui tentang pembelajaran abad 21 dan menyokong proses pembelajaran yang dilaksanakan ke atas anak-anak mereka samada di sekolah ataupun di rumah. Ini ditunjukkan oleh nilai skor min yang diperolehi adalah 4.00 bagi pengetahuan ibubapa terhadap pembelajaran abad ke 21, nilai skor min 3.84 bagi sokongan ibubapa kepada pembelajaran murid di sekolah dan nilai skor min 4.11 bagi sokongan ibubapa terhadap murid. Hasil kajian terhadap murid juga mendapati mereka merasa seronok dengan kaedah dan suasana pembelajaran abad ke 21 di samping bersetuju bahawa ibubapa memberi sokongan dan bantuan terhadap pembelajaran mereka di sekolah dan di rumah.

Kata kunci : Persepsi ibubapa dan murid, pembelajaran abad Ke 21

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.