Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181

POLA INTERAKSI SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR PELBAGAI ETNIK PPISMP DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

1)Haji Nordin Haji Bula, 2)Tuan Haji Norhasan Mad Dali, IPGKIK Sabah KL........ 867
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pola interaksi sosial dalam kalangan pelajar pelbagai etnik di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan semasa dan telah dijalankan terhadap 60 orang pelajar sebagai sampel kajian terdiri dari pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP). Responden dipilih berdasarkan kepada sampel rawak berlapis. Instrumen kajian menggunakan set soal selidik. Soal selidik bagi kajian ini adalah menggunakan Skala Likert sejumlah 28 item soalan disediakan. Data diproses dan dianalisis serta diterjemahkan dalam bentuk deskriptif seperti peratusan. Hasil kajian pengkaji dari aspek kurikulum, kajian ini mendapati wujud pola interaksi sosial yang positif dan berkesan dalam kalangan pelajar-pelajar pelbagai etnik PPISMP seperti kesediaan berkongsi pengetahuan, kesanggupan untuk membina kumpulan-kumpulan pelajar dan pertukaran nota pembelajaran bagi melengkapkan tugasan. Manakala dari aspek ko kurikulum, hasil kajian menunjukkan aktiviti kokurikulum memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan positif pelajar. Oleh sebab itu, dapatan kajian ini memberikan impak positif terhadap pola interaksi sosial dalam kalangan pelajar pelbagai etnik PPISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau dalam usaha untuk melahirkan warga guru yang memiliki sikap toleransi dan bertanggungjawab.

Kata kunci : PPISMP, Interaksi Sosial, Kurikulum dan Ko Kurikulum.

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.