« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181JATI DIRI PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU: SATU KAJIAN TERHADAP PENGARUH EKOLOGI SOSIAL
1)Badrul Hisham bin Mokhtar & 2)Azman,
IPGKIK Kuala Lumpur.......842Abstrak
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor ekologi sosial yang mempengaruhi pembentukan jati diri pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Seramai 93 orang pelajar PISMP dari semester Lapan ambilan Januari 2011 dan semester Enam ambilan Januari 2012 telah dipilih sebagai responden. Teori Ekologi Sosial dan teori Humanistik memandu pengkaji untuk memahami fenomena proses pembentukan jati diri pelajar sepanjang pengajian mereka. Soal selidik dan protokol temu bual separa berstruktur digunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Soal selidik mengandungi tiga bahagian utama iaitu yang terdiri daripada Bahagian A, Maklumat Demografi Pelajar, Bahagian B, soalan-soalan berkaitan faktor ekologi sosial yang mempengaruhi jati diri pelajar dan Bahagian C, terdiri daripada soalan terbuka berkaitan cadangan responden terhadap faktor yang mempengaruhi tahap jati jiri. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan peratusan manakala data temu bual bagi dua kumpulan fokus, dianalisis dengan melakukan transkripsi verbatim, mengkategori, menentukan tema sebelum pengkaji membuat rumusan menyeluruh dengan mengemukakan makna-makna tertentu terhadap fenomena-fenomena yang dikaji. Signifikannya, dapatan kajian memberi indikator bahawa jati diri responden dipengaruhi oleh budaya dan gaya pengurusan pihak institut mengikut sistem yang sedia ada. Penambahbaikan ke atas faktor ekologi sosial dan sokongan pembelajaran juga boleh dilakukan dalam meningkatkan jati diri serta melahirkan bakal guru yang lebih kompeten.
Kata kunci : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Jati diri, ekologi sosial, humanistik.
Abstrak DOC
Abstrak PDF
Fulltext PDF
Send to email
Print
Share on Facebook