Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829

ANALISIS TAKSONOMI BLOOM DALAM PENILAIAN VOKASIONAL: CADANGAN SATU TAKSONOMI BARU

Norhazizi Lebai Long & Ramlee Mustapha Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia ................ 777
Abstrak
Taksonomi merupakan kajian tentang prinsip-prinsip istilah, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan antara sifat organisma hidup. Dalam bidang pendidikan, taksonomi adalah model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang pendidikan. Taksonomi Bloom banyak memberi penekanan terhadap aspek kognitif atau pengetahuan. Bloom mengklasifikasikan objektif pendidikan dalam domain kognitif kepada enam kategori, iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi Bloom sering digunakan oleh guru untuk menentukan hasil pembelajaran yang diingini, menentukan proses pembelajaran yang perlu dilakukan, dan menentukan alat penilaian yang sesuai dengan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Kelemahan utama taksonomi Bloom disebabkan kurangnya penumpuan terhadap domain afektif dan psikomotor. Penilaian vokasional merupakan proses menentukan kepentingan, kebolehan individu serta bakat dan kemahiran bagi mengenal pasti kekuatan vokasional, keperluan dan potensi kerjaya. Ia adalah satu komponen utama dalam kurikulum vokasional. Bagaimanapun, Taksonomi Bloom tidak mencukupi untuk mengklasifikasi domain vokasional. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan kekurangan taksonomi Bloom dalam mengklasifikasikan domain vokasional dan mencadangkan satu taksonomi yang baharu.

Kata kunci : Taksonomi Bloom, penilaian vokasional, kognitif, afektif, psikomotor

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.