Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM KALANGAN PRA-SISWA PENDIDIK DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Haslinah Abdullah, Institut Pendidik Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan .......... 547
Abstrak
Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pengajaran di mana pelajar bekerjasama dalam pasukan kecil yang mana setiap individu mempunyai bakat, kebolehan serta latar belakang yang berbeza untuk melengkapkan tugasan yang sama. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam kalangan siswa Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) kumpulan Sains. Instrumen borang soal selidik tiga skala Likert dan temu bual digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Analisis data menunjukkan bakal guru pelatih mendapati aktiviti pembelajaran koperatif adalah satu aktiviti yang menggalakkan pembelajaran dan sosialisasi, menyeronokkan, menggalakkan sikap komitmen dan bertanggungjawab ke atas kejayaan kumpulan mereka dan tugasan. Namun begitu, ada rasa ketidakpuasan hati ahli yang lain kerana merasakan ada ahli tidak memberi komitmen sepenuhnya ke atas tugasan dan kejayaan kumpulan. Ini menyebabkan mereka merasakan adalah lebih baik lakukan tugasan secara individu dan percaya bahawa akan dapat menghasilkan yang lebih baik berbanding secara berkumpulan. Ini berpunca daripada akauntabiliti yang menurun apabila ahli berpecah kepada kumpulan yang lain dan pengiktirafan kepada kumpulan dan individu tidak dimantapkan di peringkat awal lagi. Perkara ini juga punca kepada tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan kumpulan. Kesimpulannya, untuk memastikan keberkesanan dan kemantapan semasa melaksanakan pembelajaran koperatif yang mantap adalah penting memastikan lima elemen pembelajaran koperatif diperkukuhkan semasa perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci : pembelajaran koperatif, sosialisasi, komitmen, tanggungjawab, akauntabiliti

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.