Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PETA KE ARAH KEJAYAAN DALAM PENGAJIAN PERNIAGAAN

Chiew Wye Mei & Lim Zek Chew IPG Kampus Ilmu Khas ........ 412
Abstrak
Kajian tindakan ini dilaksanakan ke atas pelajar Tingkatan 6 Atas Sastera di sebuah sekolah di Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Perniagaan untuk melihat kesannya ke atas pencapaian akademik pelajar. Persoalan kajian adalah sama ada kaedah grafik dalam i-THINK dapat meningkatkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pelajar dalam Pengajian Perniagaan. Terdapat 14 orang pelajar dalam kajian ini. Mereka diberikan pendedahan mengenai i-THINK dengan kaedah penerangan dan demonstrasi cara menggunakannya oleh pengkaji. Selepas pendedahan i-THINK, mereka digalak menggunakannya dalam tugasan dan pembelajaran. Selepas penggunaan i-THINK didapati keputusan Peperiksaan Penggal 2 dan 3 STPM semua pelajar menampakkan peningkatan dalam peratus lulus dan gred. Maklum balas pelajar daripada temu bual dan penulisan refleksi menunjukkan pelajar lemah berpandangan positif akan penggunaan i-THINK dalam pembelajaran mereka sementara pelajar yang lebih tinggi pencapaian akademik kurang minat menggunakannya serta merasakan tiada impak ke atas pembelajaran mereka. Kajian lanjut harus diteruskan untuk memastikan keberkesanan i-THINK dalam P&P. Namun, kajian ini melahirkan cadangan penggunaan i-THINK bermula dari peringkat persekolahan peringkat rendah supaya penerimaan cara pembelajaran ini lebih diterima pakai.

Kata kunci : Kajian Tindakan, peta i-THINK, Pengajian Perniagaan, P&P

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.