Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

AMALAN KOMUNIKASI DAN GAYA PENGURUSAN KONFLIK DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Zuhriyyah bintI Saipuddin & Shukri bin Zain Universiti Malaysia Sabah .......... 387
Abstrak
Amalan komunikasi dalam organisasi pendidikan yang tidak berkesan merupakan salah satu punca berlakunya konflik dalam kalangan guru prasekolah. Kajian ini diadakan bertujuan untuk melihat hubungan di antara ciri-ciri demografi dengan gaya pengurusan konflik dan amalan komunikasi dalam organisasi serta hubungan di antara empat dimensi amalan komunikasi dengan lima gaya pengurusan konflik, Kajian ini berbentuk kuantitatif dan dijalankan ke atas guru-guru prasekolah di tiga buah daerah di Zon Sandakan iaitu Sandakan, Beluran dan Telupid. Seramai 103 orang responden telah dipilih secara rawak dengan menggunakan Kaedah Proportionate Stratified Random Sampling. Seramai 92 orang responden yang memberi maklumbalas berdasarkan soal selidik yang berjaya dipungut juga mewakili 89.3% daripada keseluruhan responden. Soal selidik yang digunakan mengandungi 5 item demografi, 25 item gaya pengurusan konflik dan 28 item amalan komunikasi. Dua jenis statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif untuk mendapatkan jumlah skor, min, peratus dan sisihan piawai. Statistik infrensi pula digunakan untuk pengujian hipotesis iaitu menggunakan ujian-t, ANOVA dan Korelasi Pearson. Analisis deskriptif menunjukkan min gaya pengurusan konflik kolaborasi adalah yang paling popular dan min gaya persaingan yang paling kurang. Dapatan dari ujian hipotesis mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor demografi dengan gaya pengurusan konflik. Begitu juga halnya dengan faktor demografi dengan amalan komunikasi. Hasil analisis Korelasi Pearson pula mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan komunikasi dengan gaya pengurusan konflik dalam kalangan guru prasekolah di tiga buah daerah di Zon Sandakan.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.