Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PENGETAHUAN PEMAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN PELAJAR IPGM ZON SABAH

Widayati.Harun, Juliana.Osong, Norafidah.Noralidin, Ravi.Margapandu, Shukiman.Sukardi & Sapihi. Dulamit Jabatan PIPK
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pemakanan dan amalan pemakanan dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sepenuh masa di IPGM Zon Sabah. Seramai 280 orng responden dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Data ujian pengetahuan pemakanan dianalisis menggunakan QUEST dan Soal Selidik menggunakan PASW versi 22. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan pemakanan pelajar perempuan adalah lebih tinggi (Perempuan = 67.9%; Lelaki = 32.9%) berbanding dengan pelajar lelaki. Amalan pemakanan dalam kalangan pelajar pada tahap sederhana (M = 2.335; SP = .283). Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan tahap pengetahuan pelajar hanya pada tahap sederhana. Hasil kajian ini diharapkan pelbagai pihak termasuk pelajar memahami pentingnya mempunyai pengetahuan pemakanan yang seiring dengan amalan pemakanan yang seimbang untuk memastikan pelajar mampu mengekalkan status kesihatan yang baik.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.