Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PENGURUSAN MASA YANG EFISIEN MELALUI PENGAJARAN BERPASUKAN INTERDISIPLIN BAGI GURU 1M3

Siti Mas Aida Binti Mesrah & Hjh Hasnah Binti Omar SM Sains Johor, Kluang .........
Abstrak
Kajian dibuat sebagai upaya untuk membantu tiga orang guru 1M3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan Geografi menguruskan masa secara efisien untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Perbualan biasa tentang tekanan mengejar masa untuk menghabiskan Sukatan Pelajaran (SP) dan melakukan pentaksiran (PBS), bertukar menjadi perbincangan serius apabila ketiga-tiga orang guru yang menghadapi masalah yang sama, seia sekata mahu mencari jalan penyelesaian melalui kolaborasi interdisiplin bagi tajuk yang bertindan antara mata pelajaran. Kajian yang dilakukan melalui empat tahap pelaksanaan. Pada tahap pertama, pembahagian tugas mengajar dan mentaksir pelajar antara guru dilakukan antara guru. Pada tahap kedua, instrumen penilaian yang mencakupi keperluan ketiga-tiga mata pelajaran disediakan. Tahap ketiga ialah pengajaran manakala tahap keempat ialah pentaksiran dan rumusan. Sebelum kajian, setiap guru telah menggunakan sekurang-kurangnya 42 waktu untuk mengajar dan mentaksir pemahaman pelajar bagi tajuk-tajuk tersebut, namun setelah kajian, hanya 18 waktu digunakan oleh guru-guru. Bermakna, penjimatan masa sebanyak 24 telah berlaku. Guru-guru juga lebih memahami kandungan mata pelajaran rakan-rakan yang lain dan dapat bekerja sebagai satu pasukan. Yang lebih penting, situasi ini mengundang perspektif baru dalam kalangan pelajar iaitu ilmu yang dipelajari tidak terpisah malah boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi jika konsepnya benar-benar difahami dan dihayati.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.