Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

MOTIF PENGLIBATAN PELAJAR SEKOLAH PENDALAMAN SABAH DALAM SUKAN & PERMAINAN

Shukiman.Sukardi, Widayati.Harun, Juliana.Osong, Norafidah.Noralidin, Ravi.Margapandu
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti motif penglibatan keseluruhan pelajar di Sekolah Pendalaman Sabah dalam sukan & permainan berdasarkan faktor demografi. Seramai 550 orang responden daripada sepuluh buah sekolah pendalaman sabah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif jenis tinjauan. Data yang diperolehi berdasarkan soal selidik Proggresive Motives Questionnaire (PMQ) oleh Gill, Gross & Huddlestone. Soal selidik telah diubahsuai dan diadaptasi untuk kesesuaian tempatan oleh pengkaji. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah 0.81. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dan sangat bertepatan dengan tujuan kajian. Semua data yang telah dikutip akan dianalisis berbantukan komputer dengan perisian Statistical Package Social Science 20 - SPSS 20. Data kajian adalah bertaburan normal berdasarkan nilai skewness dan kurtosis dalam lingkungan -0.41 hingga 0.18. Data-data mentah telah dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi seperti Min, Sisihan Piawai dan Ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan motif keseluruhan motif penglibatan pelajar Sekolah Pendalaman Sabah dalam sukan & permainan adalah bermotif perkembangan kemahiran (M=4.73), semangat berpasukan, kecergasan fizikal, persahabatan, pencapaian, persekitaran, pembebasan tenaga dan keseronokan. Bagi faktor jantina, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lelaki dan perempuan. Pembolehubah ini memberi implikasi terhadap teori-teori kajian dan praktikal secara menyeluruh.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.