Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PENDEDAHAN KENDIRI SELF DISCLOSURE KLIENDALAM SESI KAUNSELING

Sarimah Julpin Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Sabah ............... 287
Abstrak
Kajian kes ini bertujuan untuk mengkaji tahap pendedahan kendiri oleh klien kepada kaunselor semasa sesi kaunseling individu dan faktor-faktor yang mendorong mereka membuat pendedahan kendiri. Kajian ini juga mengkaji kesannya dari segi emosi setelah membuat pendedahan kendiri dalam sesi kaunseling. Kajian telah dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Sabah Malaysia. Responden kajian seramai empat orang, iaitu dua orang kakitangan akdemik ( seorang lelaki dan seorang perempuan) dan dua orang pelajar, kedua-duanya adalah perempuan. Mereka terdiri daripada klien yang datang secara sukarela dan hanya seorang sahaja yang dirujuk (pelajar). Data dikutip melalui analisis dokumen, iaitu rekod sesi kaunseling dan temubual berstruktur dengan responden-responden yang terlibat dalam kajian. Temubual dianalisis secara manual oleh pengkaji sendiri untuk mendapatkan pola-pola tertentu berkaitan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang mendorong klien membuat pendedahan kendiri, antaranya ialah faktor kaunselor, dan faktor klien sendiri. Manakala dari segi kesan emosi, terdapat kesan yang amat ketara dalam kalangan klien selepas membuat pendedahan kendiri kepada kaunselor dalam sesi kaunseling. Oleh itu, diharapkan dapatan kajian ini boleh memberi maklumat kepada klien dan kaunselor betapa pentingnya pendedahan kendiri dalam menenentukan keberkesanan sesi kaunseling membantu individu dalam menangani isu-isu yang dihadapinya.

Kata kunci : Pendedahan kendiri, kaunselor, klien, emosi

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.