Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PENGGUNAAN JAM GAYA HIDUP SIHAT DALAM KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI KOTA KINABALU, SABAH.

Ravi.Margapandu, Shukiman.Sukardi, Widayati.Harun, Juliana.Osong & Norafidah.Noralidin Jabatan PIPK, IPGK Gaya
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap sikap murid-murid Sekolah Rendah Kebangsaan terhadap gaya hidup sihat di Kota Kinabalu, Sabah selepas menggunakan Jam Gaya Hidup Sihat. Seramai 30 murid dari tiga buah Sekolah Rendah Kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah dipilih untuk menjadi sampel kajian ini. Pendekatan kajian ini ialah dengan menggunakan jenis kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan. Justru itu, semua responden diberi satu set soal selidik berstruktur untuk menjawab secara individu. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa peratusan murid-murid yang menunjukkan sikap positif terhadap gaya hidup sihat selepas menggunakan Jam Gaya Hidup Sihat adalah tinggi dalam lima aspek iaitu berdasarkan kepada; (i) piramid makanan dan aktiviti fizikal (ii) minuman segera dan) makanan segera (iii) waktu tidur dan jumlah jam tidur. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden menunjukkan sikap yang positif terhadap gaya hidup yang sihat selepas menggunakan Jam Gaya Hidup Sihat.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.