Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PERSEPSI SISWA GURU DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH PROGRAM PELAJAR CEMERLANG TERHADAP KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Mustapha Kamal Bin Ahmad Kassim, Zahiah Binti Haris, Rosli Bin Khalid & Siti Salmiah Binti Mohd Alias IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur ........... 232
Abstrak
Kurikulum Pendidikan Islam merupakan kursus yang wajib dipelajari oleh siswa guru di semua Institut Pendidikan Guru (IPG). Terdapat empat bidang yang terdapat dalam kurikulum Pendidikan Islam untuk DPLI PPC iaitu al-Quran, Aqidah, Ibadah dan Akhlak. Maka, kajian ini bertujuan untuk mendapat persepsi siswa guru Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) Program Pelajar Cemerlang (PPC) terhadap kurikulum Pendidikan Islam yang dipelajari pada semester satu. Dua objektif kajian yang difokuskan dalam kajian ini ialah persepsi siswa guru DPLI PPC terhadap sukatan pelajaran Pendidikan Islam dan cadangan isi kandungan yang diperlukan oleh siswa guru dalam kurikulumPendidikan Islam. Oleh yang demikian, kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menemu bual seramai enam orang siswa guru. Hasil temubual akan ditranskrip dan beberapa tema yang berkaitan kajian dikenal pasti sebagai dapatan kajian. Dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian ini, diharapkan dapat menjadi asas dan rujukan kepada pihak berkaitan agar menyediakan kurikulum yang sesuai dan bermanfaat kepada semua siswa guru.

Kata kunci : Kurikulum Pendidikan Islam, DPLI PPC dan Institut Pendidikan Guru.

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.