Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PROFIL PERSONALITI GURU-GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Mohd Harjazi bin Mohd Hashim Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah ...... 224
Abstrak
Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengenal pasti profil dan kesesuaian personaliti guru pelatih yang sedang mengikuti kursus Program Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan ciri-ciri guru. Kajian ini dijalankan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Subjek kajian terdiri daripada 65 orang guru pelatih. Alat kajian yang digunakan ialah Self-Directed Search (SDS) diterjemahkan oleh Sidek Mohd Noah (1998). SDS dibina berasaskan Teori Tipologi Holland (1985) oleh John L. Holland. Data daripada kajian kemudiannya dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, kekerapan, peratusan,pangkatan) dan statistik inferensi iaitu Pekali Keselarasan Kendall’s (W). Indeks keselarasan (IK) pula digunakan untuk mengukur darjah keselarasan antara personaliti dan persekitaran kerja. Keputusan kajian menunjukkan 38.45% mempunyai ciri-ciri personalti Realistik, 25.23% mempunyai ciri-ciri Artistik, 15.73 % bercirikan personaliti Enterprising (E), 10.05 % bercirikan personaliti Konvensional (K), 7.53 % bercirikan personaliti Investigatif (I) dan 3.01 % bercirikan personaliti Sosial (S). Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat profil personaliti guru-guru pelatih PPISMP berada pada tahap rendah dengan ciri-ciri keguruan. Guru-guru pelatih PPSIMP baru memulakan pengajian dan belum terdedah dengan persekitaran kerjaya keguruan. Sehubungan dengan keputusan yang diperoleh, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.