Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

TAHAP KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Khairuddin Said & Kamarrul Arifin Abd Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang ..... 209
Abstrak
Kajian ini membincangkan tentang kemahiran insaniah yang mempengaruhi amalan keguruan para pelajar tahun akhir kursus Ijazah Sarjana Muda Keguruan Di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini menggunakan kemahiran insaniah yang difokuskan kepada kemahiran komunikasi dan kepimpinan berdasarkan model yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Populasi kajian terdiri daripada para pelajar tahun akhir Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan daripada pelbagai bidang pengajian. Seramai 65 orang siswa guru dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Semua data dikumpulkan dengan menggunakan borang soalselidik berdasarkan elemen yang telah ditetapkan oleh KPM dan seterusnya dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 19. Dapatan kajian menunjukkan para siswa guru tahun akhir mempunyai kemahiran insaniah yang sangat tinggi dalam elemen komunikasi dan kepimpinan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa siswa guru mampu menyampaikan maklumat dengan nilai-nilai yang tinggi serta boleh berorganisasi secara berkesan. Sewajarnya hasil kajian ini mampu memberi satu infomasi yang releven dalam pengurusan pendidikan dewasa ini dalam menghadapi situasi Pendidikan Abad ke21.

Kata kunci : kemahiran insaniah, IPGKTAA, kebolehan interaksi, komunikasi

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.