Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK TERHADAP PEMUPUKAN PEMIKIRAN INOVASI DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL

Hussain Ismail & Ramlee Mustapha Sultan Idris Education University Perak, MALAYSIA ...... 167
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek dalam memupuk pemikiran inovasi dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 100 pelajar kolej vokasional di negeri Selangor, Malaysia. Responden kajian ini menggunakan strategi persampelan rawak berstrata. Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran berasaskan projek dalam memupuk pemikiran inovatif di kalangan responden. Kajian ini turut menentukan sama ada Pembelajaran Berasaskan Projek memberi kesan terhadap pememupuk pemikiran inovasi dalam pelajar untuk menghasilkan dan menjana idea-idea baru dalam penciptaan produk baru. Kaedah tinjauan digunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Adalah diharapkan dapatan kajian ini akan menyediakan data berharga untuk memperbaiki kurikulum Kolej Vokasional dalam memupuk kreativiti dan pemikiran inovatif. Cadangan untuk dasar dan amalan akan disediakan.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.