Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

TAHAP PENGETAHUAN PETA PEMIKIRAN i-THINK DALAM KALANGAN PELAJAR

Firdaus Bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali, & Amnah Zanariah bt Abd. Razak Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur & Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia ........... 141
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPG KIK) terhadap Peta Pemikiran i-THINK. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen kajian ini ialah satu set soal selidik yang berkaitan dengan pengetahuan Peta Pemikiran i-THINK. Kajian ini melibatkan seramai 73 orang pelajar PPISMP. Data ini menggunakan skala likert untuk mendapatkan maklum balas dari responden. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian program ‘Statistical Package For The Social Science Version 18.0’ (SPSS 18.0). Hasil dapatan menunjukkan secara keseluruhannya para pelajar PPISMP mengetahui Peta Pemikiran i-THINK iaitu berada pada tahap yang tinggi (min = 3.69) . Oleh yang demikian, dicadangkan kepada pihak IPG KIK membuat kursus secara berkala kepada pelajar PPISMP tentang peta pemikiran ini supaya pelajar dapat menguasai dan menggunakan peta I-THINK dengan baik.

Kata kunci : program i-THINK, kemahiran berfikir, Pendidikan Islam, IPG, PPISMP

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.