Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PERSEPSI GURU PELATIH TESL TERHADAP PELAKSANAAN PRAKTIKUM DI SEKOLAH

1Che’Mah binti Yusof & 2Rafidah binti Ruhani 1Jabatan Ilmu Pendidikan & 2Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur ...... 101
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi guru pelatih TESL terhadap pelaksanaan praktikum di sekolah rendah. Kajian ini juga melihat aspek praktikum yang mencabar guru pelatih semasa praktikum. Di samping itu, kajian ini mengkaji perbezaan persepsi guru pelatih terhadap praktikum dan peranan guru pembimbing mengikut gender. Kajian ini melibatkan sampel seramai lelaki 17, perempuan 69 (N:86) orang guru pelatih TESL semester 5 dan semester 7. Instrumen kuantitatif yang mengandungi 30 item digunakan untuk mengukur persepsi guru pelatih terhadap pelaksanaan praktikum. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek praktikum memberi kesan yang dominan kepada guru pelatih adalah kemahiran interaksi dan komunikasi guru pelatih dengan murid di bilik darjah. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan guru pelatih menyatakan bahawa guru pembimbing memberi kemudahan dan bantuan yang mereka perlukan. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi guru pelatih TESL terhadap pelaksanaan praktikum dan persepsi terhadap peranan guru pembimbing mengikut gender.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.