« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412 MPV I-VTEC : PENILAIAN PAKAR
Azman Fadzil & Fazidah Mohamad Noor,
IPG Kampus Darulaman,
Jitra,
Kedah ....... 78Abstrak
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan aplikasi multimedia interaktif bagi mata pelajaran vokasional (MPV) Produksi Multimedia dan Animasi Grafik Berkomputer. Skop perisian multimedia yang dibangun dan dinilai adalah melukis, mewarna dan menganimasi karektor animasi secara digital. Kajian dijalankan ke atas sampel penilai pakar bidang rekabentuk instruksional dan multimedia yang telah ditentukan. Kajian merujuk model reka bentuk instruksi multimedia yang sesuai diikuti dengan pembangunan perisian dan penilaian kemahiran terhadap perisian multimedia tersebut. Kesesuaian perisian multimedia yang dinilai adalah elemen multimedia, isi kandungan, aktiviti pembelajaran, interaktiviti dan teknikal. Penilaian dijalankan melalui borang soal selidik yang menggunakan skala Likert 5-mata. Dapatan menunjukkan bahawa penilai pakar bersetuju bahawa elemen multimedia dalam perisian yang dinilai amat berkesan dalam menyokong proses pengajaran serta memberi impak yang positif dalam melukis, mewarna dan menganimasi secara digital.
Kata kunci :
Abstrak DOC
Abstrak PDF
Fulltext PDF
Send to email
Print
Share on Facebook