Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PENDIDIKAN KESIHATAN UNTUK GURU PELATIH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELARAN IPGM: SATU ANALISIS KEPERLUAN

Alijah Ujang, Mohd Sabrinordin Mohd Yusoff & Masitah Taib Jabatan Pendidikan Khas IPGKIK Kuala Lumpur........48
Abstrak
Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji analisis keperluan bagi membangunkan modul pembelajaran pendidikan kesihatan untuk guru pelatih murid bermasalah pembelajaran di IPGM. Kajian ini telah menggunakan soal selidik yang mempunyai soalan tertutup berskala likert yang dianalisis secara peratusan dan soalan terbuka yang dianalisis secara tematik. Soal selidik telah dirintiskan kepada seramai 20 orang guru-guru pelatih PISMP-PKMP, Ambilan Jan 2009 dengan nilai cronbatch alfa 0.85. Seramai 64 orang guru pelatih dari kohort yang sama telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kepentingan matapelajaran pendidikan kesihatan dipelajari oleh murid masalah pembelajaran dan guru pelatih PKMP di IPGM. Ia juga dapat mengenalpasti masalah-masalah yang hadapi oleh guru pelatih dalam aspek-aspek pendidikan kesihatan murid masalah pembelajaran di sekolah. Selain daripada itu kajian ini juga berjaya melihat persetujuan guru pelatih untuk pembangunan modul pembelajaran pendidikan kesihatan dalam latihan perguruan.

Kata kunci : Analisis Keperluan, Pendidikan Kesihatan, Murid Masalah Pembelajaran, Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan–Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PISMP), Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKMP)

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.