Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

HUBUNGAN PELUANG DAN KESEDIAAN DENGAN APLIKASI MOBILE LEARNING DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU ZON UTARA

1Ahmad Sobri Shuib & 2Muhammad Nidzam Yaakob 1IPG Kampus Darulaman & 2Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah......... 40
Abstrak
Perkembangan dalam teknologi mobile telah mengubah cara manusia belajar. Pembelajaran tidak terhad dalam bilik kuliah semata-mata tetapi boleh berlaku melangkaui sempadan bilik kuliah serta proses pembelajaran boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Generasi pelajar pada masa kini mempunyai akses yang lebih meluas kepada ilmu melalui peralatan mobile yang mereka miliki. Oleh yang demikian inovasi dalam pedagogi harus berubah seiring dengan perubahan dalam teknologi semasa. Keupayaan mobile learning dalam menyampaikan ilmu seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pendidik guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti hubungan diantaran peluang dan kesediaan mobile learning dengan aplikasi mobile learning di Institut Pendidikan Guru Zon Utara di Malaysia. Sampel dalam kajian ini ialah seramai 126 orang pensyarah dari 5 Institut Pendidikan Guru Zon Utara yang dipilih secara sampel bertujuan. Data dianalisis secara diskriptif analisis menggunakan program SPSS V21. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signnifikan (p<0.01) di antara peluang dan kesediaan dengan aplikasi mobile learning di IPG Zon Utra. Penemuan kajian ini menyediakan bukti yang berguna tentang potensi pengaplikasian dan pengintegrasian mobile learning dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru.

Kata kunci : mobile learning, teknologi mobile, institut pendidikan guru

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.