Portal Jurnal UPI

Proceeding Departemen Pedagogik Prodi PGSD

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

INOVASI ‘M-BIN’ : PENDIDIKAN DAN PEMUPUKAN SIKAP TERHADAP ALAM SEKITAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

1Ahamad Shabudin Yahaya & 2Kartini Abdul Mutalib Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik..... 29
Abstrak
Kajian ini secara khususnya bertujuan untuk mengenal pasti sikap dalam kalangan guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap tingkah laku mengitar semula tin aluminium selepas produk inovasi M-BIN (Mesra BIN) diperkenalkan. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes. Data bagi kajian ini dikumpulkan melalui triangulasi tiga jenis kaedah iaitu pemerhatian, soal selidik dan juga temu bual. Hasil pemerhatian selama lima bulan mendapati terdapat peningkatan dalam tingkah laku mengitar semula tin aluminium dengan menggunakan produk inovasi M-BIN. Data pemerhatian ini disokong dengan dapatan soal selidik yang menunjukkan pengetahuan guru pelatih terhadap kitar semula sisa pepejal berada di tahap yang tinggi (M = 4.21; SP = 0.38) manakala sikap guru pelatih terhadap kitar semula sisa pepejal berada di tahap yang sederhana (M = 3.24, SP = 0.65) semasa projek inovasi M-BIN dijalankan. Guru-guru pelatih yang ditemu bual juga bersetuju bahawa projek inovasi M-BIN telah membantu mereka memupuk kesedaran terhadap alam sekitar di samping dapat memotivasikan tingkah laku mereka untuk mengitar semula tin aluminium. Berdasarkan dapatan kajian, adalah dicadangkan agar lebih banyak produk inovasi berkaitan dengan pendidikan alam sekitar seperti projek inovasi M-BIN dihasilkan di masa hadapan bagi membantu dalam pendidikan dan pemupukan sikap yang positif terhadap alam sekitar.

Kata kunci : inovasi ‘M-BIN’, mengitar semula tin aluminum, sikap, tingkah laku, kesedaran alam sekitar

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.