Abstrak Kecurangan akademik semakin meningkat dan menjadi cabaran dalam dunia akademik. Peningkatan dari masa kesemasa dicatatkan hasil kajian diseluruh dunia. Kajian ini memberi sedikit sebanyak gambaran tentang aktiviti kecurangan akademik dalam kalangan guru pelatih perguruan IPGM diseluruh Malaysia. Rasionalnya, kajian ini dilakukan dalam kalangan guru pelatih adalah kerana guru menjadi sanjungan masyarakat dengan ketinggian nilai etika dan integriti dalam mendidik anak bangsa dan masyarakat amnya. Kajian berdasarkan kaedah tinjauan ini melibatkan 435 guru pelatih seluruh Malaysia. Hasil dapatan menujukkan 57% peratus pelatih perguruan melakukan kecurangan akademik sekurang-kurangnya sekali. Aspek kecurangan akademik paling dominan adalah plagisrime bahan rujukan dalam menyelesaikan tugasan dan kerja kursus.