Portal Jurnal UPI

Proceeding FPTK

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID IV Halaman: 1193-1457

AMALAN PEDAGOGI INKLUSIF DI DALAM BILIK DARJAH DI SEKOLAH DAERAH KLANG

1)Lee Phaik Gaik, 2)Nazifah Binti Shaik Ismail, 3)Norliza Binti Jaafar, & 4)Mohd On Bin Ahmad, IPGKIK Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau perlaksanaan amalan pedagogi inklusif, dari aspek penglibatan murid semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta kefahaman guru dari segi pengetahuan dan kemahiran tentang pedagogi inklusif di dalam bilik darjah. Kajian ini menggunakan kaedah Consensual Qualitative Investigation di mana data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan pemerhatian menggunakan senarai semak. Kajian dijalankan dalam dua fasa iaitu temubual separa berstuktur dengan 3 orang Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC) dalam fasa 1. Manakala, fasa 2 adalah pemerhatian dan temu bual guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah daerah Klang. 2 tema utama telah terhasil melalui analsis data iaitu kesediaan guru dari aspek kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran guru dalam melaksana pedagogi inklusif serta penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Data temu bual menunjukkan pengetahuan dan kemahiran guru tentang pedagogi inklusif adalah tidak jelas dan minima. Dapatan ini membuktikan bahawa guru perlu mempertingkatkan lagi kompetensi dan kemahiran dalam melaksanakan kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar proses pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan murid dapat diwujudkan. Kerjasama guru SISC sangat diperlukan untuk merealisasikan pelaksanaan pedagogi inklusif ini. Hasil pemerhatian pula, guru lebih berautonomi dan menentukan semua tugasan di dalam bilik darjah. Penglibatan murid adalah pasif dan guru tidak dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan, keputusan dan mengekspresi diri. Implikasi terhadap pendidikan inklusif serta cadangan kajian masa hadapan juga dibincangkan. Implikasi kajian ini penting ke atas usaha pembangunan aktiviti PdP guru-guru di sekolah dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) khususnya aprirasi murid.

Kata kunci : Pedagogi Inklusif , SISC

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.