Portal Jurnal UPI

Proceeding FPTK

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID IV Halaman: 1193-1457

KEMAHIRAN AMALI PENDIDIKAN SENI VISUAL: PELAKSANAAN DAN CABARAN

1)Zaharah Binti Mohamad, 2)Madya Dr Md Nasir B. Ibrahim, & 3)Mohd Zahuri B Khairani, IPGKIK Kuala Lumpur
Abstrak
Penyelidikan ini bertujuan meneliti pelaksanaan kemahiran amali pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) berdasarkan rekabentuk kurikulum PISMP yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2007. Kajian ini meneroka pelaksanaan dan cabaran yang dihadapi di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPG KIK), dalam meningkatkan kemahiran amali pelajar-pelajar PISMP di IPG KIK Seramai lima orang pelajar PISMP dan dua orang pensyarah yang dipilih daripada Jabatan Pendidikan Seni Visual. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul dengan menggunakan pemerhatian, temubual, dan analisis dokumen. Dapatan awal menunjukkan pelajar-pelajar PISMP sangat positif dengan pelaksanaan kemahiran amali. Analisis data pula membuktikan kepimpinan ketua Jabatan, kepakaran pensyarah, latar belakang pelajar dan pengurusan studio seni mempengaruhi kejayaan pelaksanaan amali. Beberapa isu telah dikenal pasti dan dibincangkan dalam rumusan penyelidikan.

Kata kunci : Kemahiran amali Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk Kurikulum

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.