Portal Jurnal UPI

Proceeding FPTK

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181

SYAIR BURUNG NURI : APLIKASI TEKNIK RASULULLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1)Hajah Maria Tahir & 2)Haji Patarai Cholen, IPGKIK Kuala Lumpur..........1021
Abstrak
Perubahan yang berlaku pada masa kini sepatutnya memberikan kesedaran kepada guru termasuklah guru bahasa Melayu supaya mempunyai pendekatan terkini terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu seiring dengan perubahan masa. Guru-guru seharusnya mengamalkan pelbagai pendekatan pedagogi bagi membolehkan murid-murid berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar berdasarkan kadar keupayaan sendiri. Ternyata bahawa sesuatu pengajaran bahasa tidak dilaksanakan secara sembarangan tetapi berdasarkan prinsip tertentu supaya pembelajaran bahasa dapat berlaku dengan berkesan (Juriah Long, 2010:56)
Tegasnya, pengajaran dan pembelajaran BM wajar lebih dinamik, berkesan dan menyeronokkan supaya dapat menarik perhatian murid-murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan tidak menganggap belajar BM semata-mata untuk lulus peperiksaan. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran BM perlu bergerak seiring dengan PPPM (memartabatkan Bahasa Melayu) yang menuntut supaya transformasi pendidikan perlu dilakukan sesuai dengan peredaran zaman. Oleh itu, guru harus berani mencuba sesuatu pedagogi pengajaran yang baharu, kreatif dan inovatif bagi menterjemahkan dasar transformasi pendidikan untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Sehubungan dengan itu, makalah ini akan memperkenalkan suatu teknik yang diamalkan Rasulullah yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Beberapa aspek penting yang menjadi asas pengajaran ini akan dibincangkan berpaksikan pengajaran bahasa Melayu supaya pembaca dapat memahami dan seterusnya dijadikan amalan dalam aktiviti pembelajaran.

Kata kunci : SYAIR BURUNG NURI , APLIKASI TEKNIK RASULULLAH , PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.