Portal Jurnal UPI

Proceeding FPTK

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181

PERBANDINGAN KECERDASAN PELAJAR LELAKI DAN WANITA. KAJIAN KECERDASAN PELBAGAI PADA KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM BERDASARKAN JANTINA

)Awang Bin Abdullah, 2) Amiruddin Zainudddin, & 3)Nik Nor Azlina Bt Ab Kadir, IPGKIK Kuala Lumpur............ 835
Abstrak
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar tingkatan enam berdasarkan kerangka konseptual kecerdasan pelbagai. Profil yang dibina mengkaji perbezaan dan interaksi pada kalangan pelajar berdasarkan tahap jantina. Kajian juga mengkaji sumbangan antara jantina terhadap kecerdasan pelbagai. Sampel kajian terdiri daripada 377 orang pelajar tingkatan enam yang menuntut di lapan buah sekolah di bawah pentadbiran PPD Kota Bharu. Metodologi kajian melibatkan kajian tinjauan. Sampel dipilih melalui pensampelan kelompok. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan program SPSS 11.5. Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menjawab soalan kajian. Statistik deskriptif merangkumi peratus, frekuensi, min dan sisihan piawai bagi memperlihatkan profil responden kajian. Sementara statistik inferensi iaitu Anova dan regresi pelbagai digunakan bagi menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian mendapati perbezaan signifikan p<0.05 dalam kecerdasan pelbagai pelajar berdasarkan pemboleh ubah yang dikaji. Pelajar lelaki dominan dalam semua domain kecerdasan pelbagai yang dikaji kecuali kecerdasan naturalis. Pelajar perempuan lebih verbal linguistik dan muzikal. Pelajar lelaki lebih visual ruang, kinestetik badan dan naturalis.

Kata kunci : kecerdasan pelbagai dan jantina

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.