Portal Jurnal UPI

Proceeding FPTK

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829

DARI TEORI KE PRAKTIKAL: SATU PENGENALAN KONSEPTUAL MODEL REGGIO EMILIA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Latifah Binti Monnas, Unit Prasekolah, Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tawau .......... 605
Abstrak
Pemilihan model program pendidikan awal kanak-kanak yang relevan, signifikan dengan situasi semasa terutama dengan dasar penggubalannya terhadap mana-mana kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Kertas konsep ini ditulis untuk berkongsi ilmu mengenai salah satu model program PAKK yang mendapat tempat dalam mempraktikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan model tersebut. Tiga ciri prinsip utama dalam Model Program Reggio Emilia iaitu: melibatkan fitrah kanak-kanak dalam pembelajaran, peranan guru dan ibubapa serta persekitaran pembelajaran amat ditekankan menerusi model ini. Berdasarkan konseptual KSPK 2010 yang telah diperkenalkan dalam meningkatkan kualiti PAKK, model ini sangat singnifikan dalam pengajaran dan pembelajaran PAKK masa kini, sesuai dengan prinsip pembelajaran holistik, bermakna, seronok dan memberi ruang asas dalam pembelajaran seumur hidup serta sesuai dengan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

Kata kunci : Model Reggio Emilia, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kurikulum KSPK

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.