Portal Jurnal UPI

Penelitian Pendidikan

Terdepan Dalam Berkarya

"Jurnal Penelitian Pendidikan" media informasi, bernama "Warta Penelitian Pendidikan" pada tanggal 20-10-1980 berganti nama "Mimbar Pendidikan". sejak 2001 berganti menjadi "Jurnal Penelitian Pendidikan"

EDISI

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

KEPUASAN GRADUAN TERHADAP KUALITI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DI SALAH SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Juliana.Osong, Norafidah.Noralidin, Widayati.Harun, Ravi.Margapandu & Shukiman.Sukardi Jabatan PIPK, IPGK Gaya
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sepenuh masa, keluaran salah sebuah Institut Pendidikan Guru terhadap kualiti program ijazah yang mereka ikuti. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan ke atas 105 graduan yang telah menamatkan pengajian pada November 2014 dan seramai 71 graduan telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pendekatan kajian adalah pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik skala Likert 5 poin untuk mengumpulkan data kajian. Kajian membincangkan tahap kepuasan graduan dalam empat aspek iaitu; (i) kesesuaian kurikulum; (ii) keberkesanan strategi pelaksanaan; (iii) tahap sokongan sumber pendidikan; dan (iv) sumbangan program ke atas perkembangan kendiri pelajar. Analisis data menunjukkan nilai min persetujuan bagi kesesuaian kurikulum PISMP ialah 4.50, min keberkesanan strategi pelaksanaan ialah 4.52, tahap sokongan sumber pendidikan ialah 4.42 dan sumbangan program ke atas perkembangan kendiri graduan ialah 4.53. Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan responden berpuashati dengan kualiti keseluruhan program pengajian dan latihan guru PISMP yang mereka ikuti pada nilai min 4.49 dan memberikan respon bahawa cakupan struktur pengajian PISMP menyediakan mereka untuk melaksanakan tugas sebagai guru. Namun begitu beberapa isu berkaitan dengan sokongan sumber pendidikan perlu ditangani dalam usaha untuk menambahbaik keberkesanan dan kepuasan pelanggan IPG. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan tertinggi untuk membuat penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan prasarana yang disediakan kepada pelajar.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.