Portal Jurnal UPI

Penelitian Pendidikan

Terdepan Dalam Berkarya

"Jurnal Penelitian Pendidikan" media informasi, bernama "Warta Penelitian Pendidikan" pada tanggal 20-10-1980 berganti nama "Mimbar Pendidikan". sejak 2001 berganti menjadi "Jurnal Penelitian Pendidikan"

EDISI

« Jilid 3, Nomor 1, Januari 2015 (1-172)

AMALAN BIMBINGAN PENGAJARAN PENSYARAH PENYELIA SEMASA PRAKTIKUM FASA III, SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (36-45)
Abstrak
Abstract: Teaching Performance of Supervisors during the Practial Phase III, Students Teachers Teacher Education Institute Campus Science Specialities, Kuala Lumpur. This study is to identify aspects of the practice of teaching the highest guidance for supervisors in practicum mentor program at the Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (Khusus), of Kuala Lumpur. Researchers have used a quantitative approach as a method of study. Data were collected from 187 students and teachers in seventh semester whose practicum Phase III. The results showed that the highest practice guidance for supervisors is in teaching and learning skills with 4:34 min (sp= .47). This study also demonstrates that the guidance of teaching supervisors in all seven constructs of the study, namely instructional planning, implementation, teaching, practice and reflection attitude and personality, the professionalism, knowledge and understanding, learning and teaching skills are at a high level with a mean of more than of 4.00. The implications of this study prove that the guidance lessons to students of teachers is a very important aspect in order to produce competent teachers.

Abstrak: Amalan Bimbingan Pengajaran Pensyarah Penyelia Semasa Praktikum Fasa III, Siswa Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti aspek amalan bimbingan pengajaran yang paling tinggi bagi pensyarah penyelia dalam program mentoran praktikum di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGK IK) Kuala Lumpur. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai kaedah kajian. Data diperoleh daripada 187 orang siswa guru semester tujuh yang menjalani praktikum Fasa III. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan bimbingan yang paling tinggi bagi pensyarah penyelia adalah dalam kemahiran pengajaran dan pembelajaran dengan min 4.34 (sp= .47). Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa bimbingan pengajaran pensyarah penyelia dalam semua tujuh konstruk kajian, iaitu perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, amalan refleksi dan sikap dan sahsiah, nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran pembelajaran berada pada tahap yang tinggi dengan min melebih daripada 4.00. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa bimbingan pengajaran kepada siswa guru merupakan aspek yang sangat penting dalam usaha untuk menghasilkan guru yang kompeten.

Kata kunci : Kata kunci: kinerja dosen pembimbing, dan siswa IPGK IK

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.