Portal Jurnal UPI

Penelitian Pendidikan

Terdepan Dalam Berkarya

"Jurnal Penelitian Pendidikan" media informasi, bernama "Warta Penelitian Pendidikan" pada tanggal 20-10-1980 berganti nama "Mimbar Pendidikan". sejak 2001 berganti menjadi "Jurnal Penelitian Pendidikan"

EDISI

« Vol. 12, No. 2, November 2013

STRATEGI MEMPELAJARI BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR ASING

Zaliza Mohamad Nasir, Chong Oi Chin, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
Abstrak
Strategi Mempelajari Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Asing. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan pelajar asing mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa ketiga atau sebagai alat komunikasi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti keperluan dan tujuan mempelajari BM dalam kalangan pelajar asing di IPT di samping menghuraikan kaedah pembelajaran yang relevan dalam penguasaan BM bagi pelajar asing. Seramai 17 orang pelajar pelbagai negara asing dari pelbagai tahun pengajian yang mengikuti kelas BM Komunikasi di UTM dipilih. Instrumen kajian menggunakan borang kaji selidik yang mengandungi 31 item. Data dianalisis berasaskan deskriptif asas dengan melihat kepada kekerapan dan peratusan sahaja. Hasil kajian menunjukkan bahawa memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan merupakan keperluan utama ketika mempelajari BM khususnya bagi mata pelajaran tersebut dalam kalangan pelajar asing. Dapatan kajian ini juga menunjukkan teknik dan kaedah pembelajaran secara berkumpulan merupakan teknik yang paling relevan dalam usaha untuk meningkatkan elemen kemahiran insaniah dalam diri pelajar.

Kata kunci: pelajar asing, bahsa ketiga, kaedah pembelajaran, kemahiran insaniah

Abstract

Malay Language Learning Strategies In Foreign Students. This study aims to identify the needs of foreign students learning and mastering the Malay language as a third language or as a means of communication at the Malaysia University of Technology. The objective of this working paper is to identify the purposes and objectives of the study the Malay Language in foreign student ranks in the IPT in addition explains the methods of learning relevant to students in the mastery of Malay language. 17 students of the various foreign countries from the various investigations that followed Malay Language class at Malaysia University of Technology. The instrument uses the questionnaire contains 31 items. The data were analyzed using descriptive base by looking at the frequency and percentage. The results showed that earned high marks in the exam is a key requirement when studying BM specifically for these subjects among foreign students. This study also shows the techniques and methods of group learning is a technique that is most relevant in order to improve elements of soft skills in students.

Keywords: foreign students, third-language, learning method, insaniah skill

Kata kunci : pelajar asing, bahsa ketiga, kaedah pembelajaran, kemahiran insaniah

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.